Isnin, 23 Mei 2016

SENYUM

Buat sahabatku yang murah senyuman,
tersenyumlah,
setiap kali anda membuka mata di pagi hari,
tersenyumlah,
untuk hari baru, harapan baru dan berkah baru.

meskipun anda mempunyai masalah,
anda mempunyai sejuta alasan untuk terus senyum,
kerana, jika dihitung, nikmat yang Allah berikan lebih banyak daripada masalah yang datang.

sahabat, tersenyumlah,
walau ke mana anda pergi, bahasa apa yang dituturkan,
namun, semua orang akan memberi respon kepada 'bahasa universal' ini,

sahabat, senyumlah,
senyum manis mu akan dikenang oleh orang lain dan menjadi penghibur buat hati yang berduka.

senyum mu seindah suria.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan